Monday 17 December 2012

Puisi ini ditujukan khas untuk ibu tersayang sempena ulangtahun kelahiran yang ke58. semoga ibu panjang umur dan dirahmati Allah selalu.. AMIN...

Kasih Ibu

Kelek ibu
tak pernah melepaskan sisa
sekalipun di lorong paling sempit

Matanya detik jam
semakin berdetak semakin berbayang
rupa mitos abadi

Ambillah kata-katanya
simpan maknanya di dalam kalbu
kemudian asapkan ke dupa
lihat penyakit yang bersisa
padah sumpahnya pasti di puncak benak.

Kasih ibu lautan bergelombang
geloranya menggulung kapal besi
terutama pabila kita alpa.

Kasih ibu  
tidak setenang itik berenang
setiap yang berduka kerana laranya
pasti mamai di setiap selekoh sungai.  


Arbak Othman 
Oktober 2004



No comments:

Post a Comment